Monday, May 21, 2012

rezeki

kadang-kadang aku terpikir jugak..kenapalah aku tak macam dia
kaya..pandai..rezeki murah..ko cakap lah ape je die nak mesti die dapat..bahagia and semua yang baik-baik tu ade dekat die
kenapa rezeki yang aku dapat tak same macam die dapat?
aku belajar same..tapi pointer die lebih
aku tak meniru time test..die pon kot..and sekali lagi kompem la markah die lebih
aku yang tolong die buat assignment..tapi dia jugak dapat markah lebih and lecturer sayang die lebih pulak tu
ape ni??sume die je lebih??aku dah berusaha kot..asal aku tak dapat??
asal kalau aku mintak apa-apa application kompem jawapan dia.."MAAF PERMOHONAN ANDA TIDAK BERJAYA"
haihhh...T_T

tapi..walaupon aku admit yang aku ni tak reti bersyukur..aku tak lah sampai nak kondem solat orang lain..
solat aku pon lopong-lopong nak kondem and pertikaikan solat orang

contohnyer:

C seorang pelajar perubatan UiTM..die merupakan pelajar paling cemerlang didalam batch nyer tapi seorang yang kurang rajin solat puase pon malas..A dan B adalah classmate C..A seorang yang taat dan complete solat 5 waktu kot tapi pointer die hanya suam-suam kuku kaki die je


so pade suatu hari...


 A : ishh dia tu kan sembahyang pon terabur..kadang-kadang tak
       sembahyang..tapi teror je time exam...pointer pon gempak..pelik tol aku
 B: mane ko tau die tak solat??
 A: aku taw lah..dulu aku pernah rapat dengan die
 B: ..............

so aku tak paham kenapa kalau kite buat salah ape-ape atau berjaya ke ape orang lain akan pertikaikan solat dorang?oarang tak solat tak layak jadi pandai??orang tak solat patut fail semua test and exam?walaupon malam-malam die pergi clubbing ke..minum ke..maksiat sane sini ke..orang mesti  pelik kenape die still cemerlang and rezeki murah?? kenape ek??

kalau macam tu kenapa orang terkaye dekat Malaysia ni Tan Sri Robert Kuok..yang sah2 cina and bukan Ustad Azhar Idrus?? kan??kan??

aku pon cari gak jawapan-jawapan untuk soalan aku tadi...coz tipulah kalau aku cakap aku pon tak pelik..tapi xdelah aku sampai nak bersembang pasal aib orang dekat orang lain

and aku jumpe jawapan tadi dekat satu blog ni


Sesungguhnya rezeki itu tidak berperanan pada harta, darjat, keturunan atau pangkat saja, malah ia memainkan peranan mendapatkan keredaan Allah dari segi percakapan dan amalan. 

Di sinilah kita dapat memahami maksud firman Allah yang berikut, yang bermaksud:
Dan jadilah orang-orang (yang sebelumnya) itu mencita-citakan kedudukan Qarun itu berkata: Aduhai, benarlah Allah telah melapangkan rezeki bagi sesiapa yang Dia kehendaki dari hamba-hamba-Nya dan menyempitkannya. Kalau Allah tidak melimpahkan kurnia-Nya atas kita, benar-benar Dia telah membenamkan kita (pula). Aduhai, benarlah! Tidak beruntung orang-orang yang mengingkari (nikmat Allah). (Surah Al-Qasas:82)

Allah telah mengurniakan orang-orang yang bermaksiat terhadap-Nya dengan harta yang banyak atau darjat keduniaan yang tinggi. Untuk apa. Tepuk dada tanya hati dan iman?

Apakah istidraj? iaitu apabila Allah memberikan harta yang banyak, darjat keduniaan yang tinggi dan rezeki yang melimpah ruah untuk manusia itu menjadi lebih jauh dariNya.

Sebenarnya Allah hendak menguji hamba-hambaNya yang beriman.

Amalan-amalan baik dan taqwa kita juga akan menjadi sebab Allah limpahi hambaNya dengan keluasan rezeki dan rasa kaya dengan pemberianNya. Allah memberi jalan buat setiap hamba-Nya untuk memperolehi rezeki dalam pelbagai bentuk yang boleh menjadi punca kebaikan dunia dan akhirat.

Banyakkan istigfar, bersangka baik selalu kepada Allah bahawa Allah akan memberi rezeki pada bila-bila masa. Banyakkan selawat, ayat seribu dinar serta sentiasa bersyukur dengan apa yang diterima seadanya.
Rezeki kita sudah ditentukan!

Nampak tak ape yang xde dekat A tadi?? BERSANGKA BAIK! and ape yang takde dekat aku?? BERSYUKUR T_T