Friday, March 30, 2012

trip bajet 2

haaa kali ni kami tak pergi jauh pon dari melaka
kami pergi sebelah melaka je iaitu 
Teluk Kemang di Negeri Sembilan!!
dengan bajet yang sikit and hasil kumpul ramai2..dapatlah gerak pi sane
at first ingat nak mandi air terjun je..tapi tah nape tukar jadi pantai lak
maybe lagi selamat coz and lagi banyak aktiviti yang boleh wat
nasib lah gerak pagi and dalam kul 10 lebih sampai and mandi
kalau tak alamat golap la den

sampai2 wajib ambik gambar!

 pergi pon time weekend kan..memang ramai la orang..
jetski nak lalu pon susah takot terlanggar orang x pasal2

 quality gambar terok caz xdapat curik DSLR..haihhh 




dah lama tak mandi pantai..and bila mandi je sumpah terkejut 
coz air dia masin gilaaaa...dulu rasenyer tak terok sangat masin die
kalau tertelan air die sebulan xyah la korang makan bende bergaram



 aktiviti wajib naik bila ade dekat area pantai..banana boat
satu kepala rm10...die bawak korang pusing2 dalam 500m and kalau nak lagi bez dorang akan terbalikkan korang kat tengah laut
tapi kitorang tak..coz masing2 tak nak..cess!! aku nak kot!!baru lah bez




pukul 12 macam tu da boleh balik..coz da start panas terik
kalau nak tanned kan kulit eloklah berjemur
kalau aku la yang berjemur jadi daging salai la gamaknyer

so pe yang aku dapat dari trip kali ni
iaitu kaki aku bengkak seminggu cz kena gigit semut 
and saman cz drive kereta melebihi had laju
haihhh T_T

Tuesday, March 13, 2012

trip bajet 1

actually xde la trip sangat pon
tapi atas desakan and ajakan kawan2 aku kat Uitm tu..aku pi lah
so trip pertama kami adalah ke MELAKA!!

anak2 yang mengikut rombongan cik kiah terdiri daripada
dari kiri (ab,nad,sab,azi)


China Street

Omputih yg sesat dari Gunung Everest



area ni kompem ramai yang tau...dekat sini la korang nak beli souvenir macam2
dari kraf tangan sampai la ke t-shirt..sume murah2
siape yang pergi melaka x jalan kat sini memang pelik la
 pakcik yang rajin melukis..mesti SPM seni die dulu dapat A+

 lepas penat2 panjat tangga A Famosa tu..dekat atas ni korang mesti akan dengar music sayu and sayup2 je..
haa sume tu keje pakcik atas ni la..die la yang buat mood sedih dekat area kubu A Famosa ni
lagu die main sume sedih and serius merdu kot!
kalau time2 stress and lepas exam nak release tension so rajin2 la lepak ngan pakcik ni..hehe



haa ni pulak bukan rumah tepi longkang..ni sungai melaka..sape2 yang rajin naik River Criuse kompem pernah lalu area ni..bukan pernah memang wajib dah kena lalu..coz ini je la laluan sg. melaka

bermulalah perjalanan sesat ke kg.Morten..
gile weh kitorang boleh jalan kakai nak dekat 2km semata-mata nak pi sini..ceit! aku ingat dekat je!
haa ape yang bez dekat kg morten??
dekat kg.morten masyarakat kampung dia masih mengamalkan hidup secara harmoni
serius sejuk perut..hati..hempedu..ginjal dan jantung aku bila aku penat2 datang sini and dengar budak2 ni mengaji kuat2..seronok!
alasan paling kitorang jalan jauh2 pergi kg morten tu cz nak cari kincir air ni punye pasal laa!!
last2 dekat depan A Famosa je ceit!!

ok bye bye melaka!!
tunggu nex trip tempat lain pulak =)